ISI KANDUNGAN
BIL | TAJUK | MUKA SURAT |
1. | PENGHARGAAN | |
2. | PENDAHULUAN | |
3. | OBJEKTIF KAJIAN | |
4. | KAWASAN KAJIAN | |
5. | KAEDAH KAJIAN | |
6. | DAPATAN KAJIAN | |
7. | RUMUSAN | |
8. | RUJUKAN | |
| | |
| | |
| | |
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana, Pn Khasbiah binti Othman kerana telah memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya dan rakan-rakan saya membuat kajian Geografi ini. Terima kasih juga, saya tujukan kepada guru Geografi Tingkatan 3 Kiambang Pn. Wan Suhaila binti W. Ahmad yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.
Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya, ............................ dan .................................. yang telah memberikan banyak memberikan dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan kerja khusus Geografi ini . Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.
Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus ini dengan sempurna terutamanya rakan sekumpulan dengan saya iaitu ......................................, .................................... , ................................... dan ..............................
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada semua yang telah sudi meluangkan masa bagi memberi sokongan dan bantuan dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Pendahuluan
Bagi memenuhi keperluan Penilaian Menegah Rendah 2011, pelajar-pelajar Tingkatan 3 diwajibkan menlaksanakan Kerja Kursus geografi di sekolah. Saya dan rakan-rakan saya telah memilih tajuk “ Pencemaran Alam Sekitar Taman Putra Perdana, Puchong, Sepang, Selangor Darul Ehsan”.
Kami memilih pencemaran alam sekitar di kawasan Taman Putra Perdana kerana lokasi ini merupakan tempat tinggal saya. Di taman ini terdapat banyak kawasan petempatan yang yang begitu padat dan kawasan perniagaan yang pesat membangun. Selain itu juga terdapat jalan raya yang sentiasa sibuk yang menjadi laluan utama untuk taman-taman yang berhampiran untuk keluar ke Bandar Puchong dan Kuala Lumpur.
Untuk melengkapkan lagi kajian ini, kami telah menjalankannya selepas waktu persekolahan. Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah dari bulan Februari hingga bulan Jun.Setiap pelajar perlu menulis laporan ini secara individu berdasarkan maklumat yang dikumpulkan secara berkumpulan.
Antara objektif-objektif kajian yang saya jalankan ialah:-
1) Mendefinisikan konsep pencemaran alam sekitar di Taman Putra Perdana, Puchong, Sepang, Selangor Darul Ehsan.
2) Mengenalpasti jenis-jenis pencemaran alam sekitar di Taman Putra Perdana, Puchong, Sepang, Selangor Darul Ehsan.
3) Menyatakan punca-punca pencemaran alam sekitar di Taman Putra Perdana, Puchong, Sepang, Selangor Darul Ehsan.
4) Mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar di Taman Putra Perdana, Puchong, Sepang, Selangor Darul Ehsan.
5) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Taman Putra Perdana, Puchong, Sepang, Selangor Darul Ehsan.
6) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.
Kawasan kajian
Kawasan kajian yang telah kami pilih dalam melengkapkan lagi kajian ini ialah di Taman Putra Perdana, Puchong, Sepang, Selangor. Taman Putra Perdana merupakan tinggalan kawasan lombong yang berkembang menjadi petempatan. Banyak projek perumahan dijalankan. Hal ini sekaligus membangunkan kawasan ini yang dahulunya tidak maju. Pembinaan kawasan petempatan ini telah menggalakkan lagi pertambahan ekonomi di kawasan ini. Hal ini kerrana pusat-pusat perniagaan seperti restoran, pasaraya mini, salon dan sebagainya telah tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Taman Putra Perdana merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di Pinggiran Cyberjaya, Selangor. Taman Putra Perdana ini terletak di bawah Majlis Perbandaran Sepang.
Bentuk muka Bumi
Peta Taman Putra Perdana, Puchong, Sepang, Selangor darul Ehsan.

Sumber: http://maps.google.com/
Kaedah Kajian
Bagi mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut, kami telah menggunakan beberapa kaedah iaitu:-
1. Kaedah pemerhatian
-Kami telah melakukan kaedah pemerhatian di kawasan-kawasan perniagaan di Taman Putra Perdana dengan melihat sistem perparitan serta sistem pembuangan sampah, kawasan pembinaan dan memerhatikan penggunaan kenderaan bermotor di kawasan Taman Putra Perdana.
2. Kaedah rujukan
-Untuk melengkapkan lagi laporan kami ini, saya juga telah membuat beberapa rujukan di Perpustakaan SMK Putra Perdana. Selain itu, saya juga telah memdapatkan maklumat daripada internet.
Dapatan kajian
Konsep Pencemaran Alam Sekitar
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam - perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .
Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan.
Jenis-jenis Pencemaran Alam sekitar
a. Pencemaran Udara
Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk habuk, asap ,kabus, wap dan gas (Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida, bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya.
Pencemaran udara ini berlaku kerap kali berlaku di jalan raya menuju ke kawasan Taman Putra Perdana. Hal ini kerana penggunaan kenderaan yang semakin hari semakin bertambah. Selain itu, terjadinya akibat pembinaan di kawasan perumahan baru iaitu D’Island. Pembinaan ini menyebabkan kawasan sekitar menjadi berhabuk.
b . Pencemaran Air
Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi,kimia dan fizik.Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas, cecair dan pepejal. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair. Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia.
Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya . Pencemaran air ini berlaku di kawasan-kawasan lombong yang tidak lagi digunakan untuk tujuan perlombongan.
c . Pencemaran Tanih
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan.Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik. Pencemaran tanih pula terjadi di kawasan taman permainan berhampiran dengan SMK Putra Perdana dan kawasan-kawasan perniagaan makanan (Restoran atau kedai makan). Sampah-sarap bertaburan di merata-rata tempat di kawasan taman permainan. Hal ini berlaku kerana tiadanya kesedaran sivik dalam diri pelajar-pelajar yang melepak di kwasan berkenaan dan meninggalkan plastik, botol minuman, bekas makanan polisterin dan sebagainya. Benda asing ini tidak dapat dilupuskan dan tidak merebut. Jadi, hal ini telah mencacatkan pemandangan.
Punca-punca pencemaran alam sekitar
a) Kenderaan
Fakta menunjukkan bahawa kenderaan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut. Gas beracun ini juga turut menambahkan kesan rumah hijau serta membahayakan kesihatan manusia sejagat.
Selain itu juga, bilangan kenderaan yang terlalu banyak juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan akan menghasilkan karbon monoksida dan menyebabkan udara semakin panas.
c) Pembakaran terbuka
Ramai penduduk suka membakar sampah merata-rata dan secara terbuka. Sementara ada juga sebilangan penduduk yang tidak mengambil kira perasaan orang lain dengan membakar kawasan semak samun.
d) Sampah sarap
Terdapat juga sebilangan masyarakat yang membuang sampah merata-rata terutama sekali penduduk yang tinggal di apartment, rumah-rumah teres dan rumah-rumah kampung. Sikap ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar berlaku. Kebanyakan mereka tidak suka membuang sampah di tempat yang disediakan oleh pihak pemaju. Di sebabkan pertambahan penduduk, tong sampah yang disediakan tidak dapat menampung jumlah sampah sarap yang banyak. Selain itu, sampah sarap tidak diselenggarakan dan tidak dikutip pada setiap hari menyumbangkan kepada pencemaran bau. Tambahan pula, apabila sampah sarap ini tidak diselenggarakan dengan baik, burung gagak, anjing dan haiwan-hailan akan menyelerakkan lagi sampah sarap tersebut.
e) Pembinaan
Pencemaran selalunya berlaku apabila terdapat pembinaan rumah-rumah baru oleh syarikat pemaju. Kadangkala selepas pembinaan atau dalam proses pengubahsuaian rumah, sisa-sisa pepejal akan di buang di tepi-tepi jalan tanpa kebenaran.
Ini akan mencemarkan lagi kawasan tersebut dan kemungkinan menjadi kawasan penternakan nyamuk.
f) Perniagaan
Kawasan perniagaan banyak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Jika kita lihat banyak pusat-pusat perniagaan yang gagal untuk menyediakan sistem pembuangan sampah yang teratur.
Kadangkala tempat pembuangan sampah yang dikhususkan pun mengeluarkan bau yang sangat busuk, berulat dan tidak terurus.
Keadaan ini dapat dilihat di kawasan-kawasan pasar basah dan kedai-kedai persendirian.
g) Petempatan.
Petempatan juga merupakan punca kepada pencemaran alam sekitar semakin serius. Bagi petempatan bandar , tong-tong sampah telah disediakan. Namun demikian untuk pembuang sampah-sampah dalam katogeri besar seperti almari, barang elektrik yang sudah rosak, perabot lama dan sebagainya, akan dikenakan kos pengangkutan. Jadi untuk tidak merugikan mereka, mereka akan membuangnya di tempat-tempat yang tersorok.
Nilai dan pengajaran
Masyarakat hendaklah sentiasa perihatin dan berusaha untuk mencegah pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku. Kerjasama penduduk-penduduk setempat akan membuatkan masyarakat akan hidup dalam keadaan selesa dan harmoni.
Kesan-kesan pencemaran alam sekitar.
a) Hujan asid
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Hal ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.
b) Jerebu
Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.
Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar.
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.
c) Suhu meningkat
Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesannya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Suhu yang panas ini juga menyebabkan penduduk sekitar mengalami batuk-batuk, demam, mata menjadi merah dan sebagainya.
d) Bau busuk
Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan – bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan, kilang kelapa sawit dan kilang getah.
Nilai
Masyarakat haruslah menerapkan nilai cinta akan alam sekitar agar kualiti alam sekitar terjamin. Hal ini juga dapat memastikan ada rasa kedaran sivik dalam diri agar melindungi alam sekitar daripada dicemari.
Cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar
1. Catalytic converter
Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter .Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin ( Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two -way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.
2. Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.
3. Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu. Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.
4. Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.
Nilai
Amalan kerjasama antara komuniti dapat menbantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Masyarakat juga perlulah berusaha dengan lebih tekun dan gigih untuk mengatasi masalah ini agar tidak berlarutan.
Rumusan
Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam menangani masalah pencemaran. Jika semua pihak bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu bumi akan di panjangkan usianya. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara di masa akan datang. Pencemaran ini juga dapat diatasi jika setiap ahli dalam komuniti itu menggunakan kaedah alternatif yang lebih mesra alam.
RUJUKAN
BUKU TEKS
Mohd Jamil Mohamed, Geografi Tingkatan 3, Johore Central Store Sdn. Bhd, Kuala Lumpur,2004.
BUKU RUJUKAN
Sabaruddin Abdul Rahman, Buku Rujukan Geografi PMR, Pearson Longman, Kuala Lumpur, 2011.
INTERNET