Friday, 5 August 2011

SAMBUNGAN LATIHAN BAHASA MELAYU (KOMSAS)

Soalan 31-35


Baca puisi di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

                WARKAH KEPADA GENERASI

Generasiku tercinta
          kalian adalah kelompok bertuah
          yang sempat berteduh di langit alaf baru
          dengan keberanian sebagai bangsa bermaruah
          di tanah merdeka milik abadi kita.

 Generasiku yang bijak bestari
          ini bumi suci perjuangan nenek moyang
          yang bersumpah setia memartabatkan bangsa
          mendaulatkan tanah air, mencipta kebebasan
          membina istana merdeka yang kalian diami.

Penutup warkah ini
         ingin kuingatkan: jangan biarkan akar sejarah
         tercabut dari bumi bertuah ini.

(Dipetik daripada Antologi Gema Sepi Gadis Genius, DBP)



31.  Apakah tema yang sesuai untuk sajak di atas?
A.                   Patroitisme
B.                   Perjuangan
C.                   Keberanian
D.                   Kemasyarakatan
         

   Generasiku tercinta
32.  Perkataan bergaris di atas merupakan gaya bahasa
A.                   metafora
B.                   simile
C.                   anafora
D.                   sinkope







di tanah merdeka milik abadi kita. 

33.  Gaya bahasa asonansi yang terdapat dalam ayat di atas ialah
A.              bunyi konsonan ‘a'
B.               bunyi konsonan ‘ i’
C.               bunyi konsonan ‘ e’
D.              bunyi konsonan ‘ o’
34.  Apakah yang dimaksudkan istana merdeka dalam baris kesepuluh, rangkap kedua?
A.              istana
B.               negara
C.               rumah
D.              sekolah
35.  Apakah nilai yang terdapat dalam sajak tersebut?
A.              Kasih sayang
B.               Keberanian
C.               Kejujuran
D.              Kebaikan



Soalan 36-40
Baca petikan prosa di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

























Setelah genap dua belas purnama anak kandungan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri, pada tengah hari Selasa dua belas hari bulan, Tuan Puteri itupun gering hendak bersalin. Apabila Sultan Muda melihat peristiwa itu baginda pun segera mencita isterinya, Tuan Puteri  Bidadari Segerba dari kayangan supaya turun ke dunia ini untuk bersama-sama menyaksikannya. Tuan Puteri Bidadari Segerba segera mendapat alamat itu lalu mengajak keenam-enam orang kakandanya bersama-sama turun dari kayangan.
            Tuan Puteri dan enam orang kakandanya itu melayang turun lalu masuk ke dalam istana. Mereka telah disambut oleh Permaisuri Kaca Bertuang dan mempersilakan mereka melihat yang sedang gering hendak bersalin itu.
            Tidak lama kemudian, tepat di bawah bintang Musytari, waktu rembang tengah hari ketika burung-burung tidak berlagu dan alam tenang sepi , Tuan Puteri Kuntum Ratna sari pun melahirkan seorang puteri yang sangat elok rupanya laksana bulan penuh purnama empat belas hari bulan. Lahir bersama-sama bayi itu ialah dua bilah pedang ; sebilah pada tangan kirinya dan sebilah lagi pada tangan kanannya.
            Bidan segera menyambut kelahirnya, mengerat pusat dan menyiramkannya di dalam pasu keemasan.
(Dipetik daripada prosa tradisional “ Raja Muda” dalam antologi Gema Sepi Gadis Genius, DBP)

36.Berdasarkan petikan teks di atas, mengapakah Tuan Puteri Bidadari Segerba turun ke bumi?
A.  Untuk berjumpa dengan nenek kebayan
B.               untuk bertemu dengan Raja Muda
C.  Untuk melihat Tuan Puteri Kuntum Ratna bersalin
D.  Untuk bersiram di tasik Mendam Berahi
37.  Siapakah Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri?
A.    Isteri pertama Raja Muda
B.     Isteri kedua Raja Muda
C.     Dayang istana
D.    Anak Raja Muda
38.  Apakah tema bagi cerita Raja Muda ini
A.    Kasih sayang
B.     Pengorbanan
C.     Perjuangan
D.    Persahabatan
39.  Latar masa yang terdapat dalam petikan prosa di atas ialah
A.    rembang tengah hari
B.     empat puluh hari, empat puluh malam
C.     tasik berendam
D.    kayangan
40.  Berdasarkan prosa yang anda kaji, siapakah nama anak Raja Muda?
A.    Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri
B.     Tuan Puteri  Bidadari Segerba
C.     Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan
D.    Permaisuri Kacang Bertuang.


Isikan jawapan anda dalam ruang yang telah disediakan.
RUANGAN JAWAPAN:

1

11

21

31

2

12

22

32

3

13

23

33

4

14

24

34

5

15

25

35

6

16

26

36

7

17

27

37

8

18

28

38

9

19

29

39

10

20

30

40


LATIHAN BAHASA MELAYU PMR

Latihan Tatabahasa Bahasa Melayu PMR
NAMA: __________________________________________    TINGKATAN:____________

SOALAN OBJEKTIF (40 Soalan)
Arahan: Tuliskan jawapan anda di ruangan jawapan yang telah disediakan.

Soalan 1-7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.


1.    Cikgu Zakiyah amat dihormati oleh pelajar-pelajarnya kerana _________ seorang yang tegas tetapi baik hati.

A.  dia
B.  beliau
C.  mereka
D.  baginda

2.    Kita tidak boleh ______ diri kerana akan dibenci orang.
A.    mengecilkan
B.     meninggalkan
C.     menguruskan
D.    membesarkan

3.    Teoh ___________ apabila disoal oleh Cikgu Kavita tentang perkara yang tidak diketahuinya.
A.  terpegun
B.  terpukau
C.  termenung
D.  tercengang

4.    Ibu memasak nasi __________ untuk adik kerana dia belum tumbuh gigi.
A.       cair
B.       lembik
C.       empuk
D.       lembut
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah ini.













5.    Ganesh ________ kerusi itu ke dinding.
A.                merapat
B.                 merapati
C.                 merapatkan
D.                memperapat

6.    Mak Limah tidak dapat menahan __________ terhadap anak bongsunya yang kini sedang belajar di luar negara.
A.  kecintaan
B.  kemasukan
C.  kerinduan
D.  keasyikan

7.    Sekolah Rafieq ___________ dengan Balai Bomba Sri Andalas.
A.  berhampiran
B.  berhampiri
C.  kehampiran
D.  dihampiri




Soalan 8-14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandai dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.



8.    Pertandingan syarahan yang akan
          A
berlangsung pada minggu hadapan
                       B
membuka kepada semua pelajar.
       C
Tiada kesalahan.
            D

9.    Tupai itu melompat dari dahan kepada
                                   A                 B
dahan yang lain untuk mendapatkan
                              B
buah yang sedang masak.

Tiada kesalahan.
             D

10.    Sungguhpun dapatan yang diperoleh
                           A                    B
tidak mencukupi, Pak Darus tetap

hendak meneruskan persekolahan anak-
                                            C
anaknya. Tiada kesalahan.
                            D




11.    Ustazah itu akan mengajar kami mata
      A                         B
pelajaran Pendidikan Islam.
       C
Tiada kesalahan.
            D

12.  Lima helai zink rumah itu telah
             A
diterbangkan angin semasa ribut
           B                                C
taufan itu. Tiada kesalahan.
                               D

13.  Aduhai, malangnya nasibku hari ini
      A                             B
sampanku bocor, dayungnya pula
                     C
patah! Tiada kesalahan.
                       D

14.  Adalah dimaklumkan bahawa
     A
mesyuarat tersebut akan diadakan pada
        B                                               C
hari Jumaat, jam 9.00 pagi.

Tiada kesalahan.
             D







Soalan 15-17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.



15.        I           Sejak ayah dan ibunya meninggal, tiada lagi tempat ia hendak mengadu.


     II         Dia tidak mengadu kepada ibunya apabila dicubit oleh kakak.
       III        Orang gila itu mengadu kepalanya ke dinding.
       IV        Ibu mengadu tepung untuk membuat kek pisang.
A.      I dan III
B.       II dan IV
C.       I, II, dan III
D.      II, III, dan IV

16.         I           Emak memasak subur kacang hijau.
     II         Anak itu kurang subur kerana tidak mendapat susu yang cukup.
       III        Tanah yang subur sangat diperlukan untuk menjalankan aktiviti pertanian.
       IV        Padi yang ditanam oleh Pak Daud itu begitu subur.
A.    I dan III
B.     II dan IV
C.     I, II, dan III
D.    II, III, dan IV

17.         I           Dawai ampaian itu terlalu kendur.
            II         Bunyi biola itu sumbang kerana talinya kendur.
            III        Mukanya sudah mulai kendur dan menampakkan kesan daripada usianya.
       IV        Buah kendur itu sedap dimakan apabila disira.
A.      I dan III
B.       II dan IV


C.       I, II, dan III
D.      II, III, dan IV



Soalan 18-21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin tidak. tandai A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika tiada kesalahan.


18.  Antara peserta-peserta yang layak menyertai pertandingan itu termasuklah pengawas sekolah.
A.              Di antara peserta-peserta
B.               Di antara peserta
C.               Antara peserta
D.              Antara peserta-peserta

19.  Gambar itu tidak boleh melekat pada dinding kerana dinding itu kesat.
A.              boleh lekat di dinding
B.               dapat melekat pada dinding
C.               dapat terlekat di dinding
D.              boleh melekat pada dinding
20.  Beliau ialah penulis yang tersohor di negara kita.
A.              paling sohor sekali
B.               paling tersohor sekali
C.               tersohor sekali
D.              tersohor
21.  Pemandu itu membukakan pintu kereta untuk bosnya.
A.                   membuka pintu kereta untuk bosnya
B.                   dibukakan pintu kereta untuk bosnya
C.                   dibuka bosnya pintu kereta
D.                   membukakan pintu kereta untuk bosnya.

Soalan 22-24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
22.  Punca pencarian utama penduduk kampung itu sebahagian besarnya ialah menangkap ikan.
A.      Sumber pendapatan penduduk kampung itu bergantung pada kerja-kerja menangkap ikan.
B.       Pekerjaan menangkap ikan merupakan sebahagian besar daripada sumber pendapatan penduduk kampung itu.
C.       Menangkap ikan dapat dijadikan sebagai sara hidup bagi sebahagian besar penduduk kampung itu.
D.      Banyak penduduk kampung itu bekerja sebagai nelayan untuk mencari sumber pendapatan.
23.  “Tolong bacakan nenek surat khabar hari ini,” kata nenek kepada cucunya.
A.                   Nenek dan cucunya diminta untuk membaca akhbar hari ini.
B.                   Nenek diminta oleh cucunya supaya membaca akhbar hari ini.
C.                   Perempuan tua itu meminta cucunya membaca akhbar pada hari itu untuknya.
D.                   Budak kecil itu meminta neneknya membacakannya surat khabar pada hari itu.
24.  Dengan nada yang marah, pemandu itu memarahi pihak polis yang menyamannya.
A.                   Pihak polis memarahi pemandu itu dengan nada yang marah semasa menyamannya.
B.                   Pihak polis dimarahi oleh pemandu itu apabila dia disaman oleh polis berkenaan.
C.                   Pemandu itu dimarahi oleh pihak polis kerana tidak mahu membayar saman.
D.                   Pemandu itu memarahi pihak polis kerana tidak menyamannya.

Soalan 25-27
Pilih ayat-ayat yang betul.


25.  I     Bertugas sebagai guru saya.
II   Ke Melaka saya pada petang
      semalam.
III  Beliaulah yang hebat itu.
IV  Kerana masalah itu sukar.
A.    I dan II
B.     III dan IV
C.     I, II, dan III
D.    I, II, dan IV
26.  I     Baju yang berwarna merah itu.
II   Telah ditempah oleh ibu baju raya.
III  Ke Johor mereka pagi tadi.
IV  Saya tending bola itu ke tengah
      padang.
A.    I dan II
B.     III dan IV
C.     I, II, dan III
D.    II, III, dan IV
27.  I     Mereka menyorak dengan kuat.
II   Pemain pasukan Pahlawan Merah 
      itu sedang menjamu selera.
III  “Kakak kamu diakah,” tanya Pak
      Cik Ramu.
IV  Hadiah ini bagi ibuku yang
      tersayang.
A.    I dan II
B.     III dan IV
C.     I, II, dan III
D.    I, II, dan IV
Soalan 28-30
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.


28.  Walaupun berjawatan tinggi dalam syarikat itu, beliau selalu membantu anak buahnya untuk menyelesaikan masalah. Tindakan beliau dapat disamakan dengan peribahasa berbunyi
A.      bagai kacang melupakan kulit
B.       bagai isi dengan kuku
C.       kalau hendak melentur buluh dari rebungnya
D.      ular menyusur akar tidak hilang bisanya.
29.  ‘Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ mempunyai makna yang sama dengan peribahasa di bawah kecuali
A.      ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
B.       kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tiada bertahan.
C.       bagai aur dengan tebing.
D.      berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
30.  Semua ahli kumpulan perlulah menyumbangkan __________ agar hasil perbincangan yang diperoleh mendapat kata sepakat.
A.      buah fikiran
B.       buah hati
C.       buah mulut
D.      buah tangan